Make your own free website on Tripod.com
 
MARI BERFIKIR
« August 2019 »
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Wednesday, 12 March 2008
SEBAB TIDAK DAPAT HADIR
Mood:  blue

Rujuk ;

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20080310134227/Article/index_html

 

Majlis angkat sumpah, pelantikan exco Terengganu ditunda


KUALA TERENGGANU: Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dan pelantikan exco kerajaan negeri dijadual di Istana Maziah di sini pagi ini dibatal pada saat-saat akhir.

Pembatalan majlis itu diumum oleh Datuk Bentara Luar Datuk Omar Pilus kira-kira jam 8.55 pagi dengan memaklumkan majlis mengangkat sumpah itu ditangguh sehingga ke suatu masa ditetapkan kemudian.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata upacara itu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kerana Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh masih berada di
Kuala Lumpur.

 

“Pada awalnya beliau (Idris) dijadual pulang ke Kuala Terenganu malam tadi, tapi tidak dapat berbuat demikian di saat-saat akhir,” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Maziah di sini hari ini.

Beliau berkata maklumat mengenai penundaan majlis itu hanya diketahui lewat malam dan tidak sempat dimaklum kepada semua yang terlibat.

Lebih 150 anggota wakil rakyat serta bekas wakil rakyat, dan ketua jabatan hadir di Istana Maziah pagi ini bagi menghadiri upacara itu. Turut kelihatan beberapa bekas exco kerajaan negeri seperti Rosol, Datuk Ahmad Said, Datuk Din Adam dan Datuk Mohamed Awang Tera.

Rosol berkata tarikh baru majlis mengangkat sumpah itu akan ditentukan kemudian dan dijangka diadakan dalam jangka masa terdekat.

Pada pilihan raya umum Sabtu lalu, Barisan Nasional Terengganu berjaya menerajui semula kerajaan Terengganu selepas memenangi 32 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh daripada lapan kerusi Parlimen dipertandingkan.

Pas pula memenangi lapan kerusi negeri dan satu Parlimen. — Bernama

Penulis :

Adakah anda bersetuju dengan kerana(alasan) itu maka Dato Sri Idris tidak dapat hadir ?

Sedangkan majlis angkat sumpah itu adalah satu peristiwa penting.

Kita tunggu kejadian seterusnya. Kerana hal yang benar tetap akan terbongkar.

 

 


Posted by sabri69 at 12:33 AM EDT
Post Comment | Permalink
Tuesday, 11 March 2008
MENGAPA IDRIS KELIHATAN SUGUL ?
Mood:  sad

Rujuk :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

 

Idris serah pada istana tentukan tarikh angkat sumpah

11/03/2008 8:59pm

 

MARANG 11 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh menyerahkan kepada pihak istana untuk menentukan tarikh istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar.

Bagaimanapun, beliau tetap tidak menjawab persoalan mengenai kedudukannya sama ada dipilih semula atau tidak memegang jawatan itu.

Idris yang kelihatan sugul berkata, penetapan tarikh tersebut bergantung kepada keputusan yang ditetapkan oleh pihak istana.

``Saya tidak boleh menjawab kerana ia melibatkan istana, jadi tidak wajar saya menjawab soalan tersebut,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini. – Utusan.

Dari Penulis :

Mengapa Idris kelihatan sugul ?

 

Biasanya, mesti ada masalah  ?

 

Apakah maksud ia melibatkan istana ?

 

Kita tunggu dan dengar, berita yang terkini ?

 

Ini kejadian yang menarik dan mesti diberi perhatian oleh orang ramai, khususnya rakyat Terengganu.

 

Wahai semua  rakyat Terengganu, jangan lepas peluang mengikut perkembangan perkara in !


Posted by sabri69 at 10:28 AM EDT
Post Comment | Permalink
UNTUK PM
Mood:  bright

Kepada PM,

Aduhai PM,

Sesungguhnya YAB sudah tahu bahwa kalau nak berjaya di dalam urusan dunia dan di dalam urusan akhirat maka semua perbuatan dan percakapan kita hendaklah berdasarkan Al Quran dan Al Hadis.

YAB sudah tahu.

Tapi mengapa dan apa sebab, YAB tidak benar-benar nak ikut 100% seperti kehendak Allah swt ini ? Mengapa YAB ?

Apakah YAB mengutamakan kehendak yang lain dari kehendak Allah swt ?

Kalau betul begitu, maka pasti YAB akan gagal di dunia dan di akhirat.

Marilah YAB  memerintah Malaysia ini seperti kehendak Allah. Jangan kerana kehendak orang lain.

Kami sayangkan YAB, sebab itu kami memberikan peringatan ini.

 YAB sudah tahu.

 


Posted by sabri69 at 12:19 AM EDT
Updated: Tuesday, 11 March 2008 1:09 AM EDT
Post Comment | View Comments (1) | Permalink
Monday, 10 March 2008
Di mana silapnya Pak Lah ?
Mood:  blue

Di manakah silapnya Pak Lah ?

Apakah punca yang paling utama, yang menyebabkan 4 negeri lain jatuh ke tangan pembangkang. (Sekarang sudah terbalik, bertukar menjadi pihak kerajaan).

Hakikatnya, kehidupan dunia ini seperti roda yang berpusing.  Semuanya boleh bertukar.

Baik dan buruk yang dilakukan oleh kita semua akan disoal oleh Allah swt.

Jadi, apakah tindak-tanduk pihak kerajaan sudah menepati kehendak Allah dan apakah tindak-tanduk  pihak pembangkang sudah menepati kehendak Allah?

Yang pasti betul, adalah mana-mana pihak yang bertindak mengikut kehendak Allah swt, pasti menang.

Marilah kita berfikir.

 

 

 

 

 


Posted by sabri69 at 10:00 PM EDT
Updated: Tuesday, 11 March 2008 12:17 AM EDT
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older