MARI BERFIKIR
« March 2008 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Wednesday, 12 March 2008
SEBAB TIDAK DAPAT HADIR
Mood:  blue

Rujuk ;

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20080310134227/Article/index_html

 

Majlis angkat sumpah, pelantikan exco Terengganu ditunda


KUALA TERENGGANU: Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dan pelantikan exco kerajaan negeri dijadual di Istana Maziah di sini pagi ini dibatal pada saat-saat akhir.

Pembatalan majlis itu diumum oleh Datuk Bentara Luar Datuk Omar Pilus kira-kira jam 8.55 pagi dengan memaklumkan majlis mengangkat sumpah itu ditangguh sehingga ke suatu masa ditetapkan kemudian.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata upacara itu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kerana Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh masih berada di
Kuala Lumpur.

 

“Pada awalnya beliau (Idris) dijadual pulang ke Kuala Terenganu malam tadi, tapi tidak dapat berbuat demikian di saat-saat akhir,” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Maziah di sini hari ini.

Beliau berkata maklumat mengenai penundaan majlis itu hanya diketahui lewat malam dan tidak sempat dimaklum kepada semua yang terlibat.

Lebih 150 anggota wakil rakyat serta bekas wakil rakyat, dan ketua jabatan hadir di Istana Maziah pagi ini bagi menghadiri upacara itu. Turut kelihatan beberapa bekas exco kerajaan negeri seperti Rosol, Datuk Ahmad Said, Datuk Din Adam dan Datuk Mohamed Awang Tera.

Rosol berkata tarikh baru majlis mengangkat sumpah itu akan ditentukan kemudian dan dijangka diadakan dalam jangka masa terdekat.

Pada pilihan raya umum Sabtu lalu, Barisan Nasional Terengganu berjaya menerajui semula kerajaan Terengganu selepas memenangi 32 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh daripada lapan kerusi Parlimen dipertandingkan.

Pas pula memenangi lapan kerusi negeri dan satu Parlimen. — Bernama

Penulis :

Adakah anda bersetuju dengan kerana(alasan) itu maka Dato Sri Idris tidak dapat hadir ?

Sedangkan majlis angkat sumpah itu adalah satu peristiwa penting.

Kita tunggu kejadian seterusnya. Kerana hal yang benar tetap akan terbongkar.

 

 


Posted by sabri69 at 12:33 AM EDT
Post Comment | Permalink

View Latest Entries